Saya pergi ke Kuala Lumpur semasa saya umur lapan tahun. Saya menaiki bas dari Singapura ke Johor Bahru dan selepas itu, kita menaiki lagi satu bas untuk pergi ke Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan itu mengambil masa enam jam. Selepas kita sampai di sana, kita menuju ke sebuah kedai yang menjual roti prata yang tersedap di area itu.
Selepas kita makan sarapan, kita menuju ke sebuah hotel lima bintang yang bernama Palace Of The Golden Horses. Selepas kita memasuki kamar hotel itu, kita dapat tahu dalam kamar itu ada dua katil yang besar. Pada masa itu, ia sudah malam. Sebab itu, kita makan malam dan pergi tidur.
Pada keesokan hari, saya dan kakak saya menuju ke restoran di bawah hotel itu untuk makan sarapan buffet. Dalam buffet itu, ada Koko Krunch, Honey Stars dan susu HL untuk makan. Ada juga buah – buahan kering seperti kismis dan aprikot. Selepas itu, kita menaiki moto bot untuk pergi ke sebuah pulau yang moden dan juga ada sebuah pusat membeli – belah di sana.
Selepas kita datang balik dari sana, kita berehat di hotel sebelum kita menuju ke Bangunan Petronas dan juga ke KLCC untuk membeli belah. Kita juga mengambil gambar dengan kereta Mercedes F1 di sana. Saya dapat tahu bahawa Petronas menaja pasukan F1 yang bernama Mercedes Benz.
Selepas itu, kita pergi ke Lapangan Merdeka dan dapat tahu bahawa setiap tahun, Malaysia meraikan hari Merdeka pada tempat itu. Selepas itu, kita menyedia untuk pergi ke Singapura. Saya hendak pergi ke Kuala Lumpur lagi.
